Rabu, 07 Desember 2016

Kelebihan Rasulullah Muhammad dari Nabi dan Rasul lain




Ada beberapa kelebihan Rasulullah Muhammad dari Nabi dan Rasul lain.


1. Nabi SAW merupakan pemimpin bagi semua nabi.

2. Ditangan Nabi SAW akan ada bendera kepujian di hari kiamat.

3. Nabi Adam a.s akan berdiri dibawah bendera Nabi SAW.

4. Allah SWT telah mengampunkan dosa Nabi SAW yang terdahulu atau yang terkemudian. Disebabkan itu Nabi SAW adalah seorang yang ‘maksum’ (bebas dari dosa). Hanya Nabi SAW sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Allah SWT. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada para nabi lain.

5. Nabi SAW adalah orang pertama yang mendapat keizinan syafaat dan orang pertama yang akan memberi syafaat di hari kiamat.

6. Nabi SAW senantiasa melebihi masalah umat melebihi diri baginda sendiri.
- Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah SWT serta merta.
Doa ini hanya diberi sahaja sekali kepada setiap nabi. Seperti mana Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah SWT selepas berdakwah selama 950 tahun- agar kaumnya dibinasakan. Namun, Nabi SAW telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya.

7. Hebatnya Rasulullah SAW sehingga Allah SWT bersumpah dengan hayat Nabi SAW
لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ
Maksudnya: (Allah berfirman): "Demi umurmu** (Muhammad), Sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)". (al-Hijr, ayat:72)
**Keterangan: Orang Arab biasa bersumpah dengan umur seseorang. disini Allah bersumpah dengan umur atau kehidupan nabi Muhammad SAW. untuk memuliakan beliau.

8. Allah SWT memuliakan Nabi SAW dalam panggilan-Nya. Jika kita perhatikan, Allah SWT tidak memanggil gelaran Muhammad di dalam Quran, tetapi memanggilnya dengan panggilan jawatan..”ya ayyuha nabi/rasul”..Tetapi para nabi lain dipanggil dengan nama mereka seperti Adam, Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan sebagainya.

9. Mukjizat nabi lain sudah tiada. Tetapi mukjizat Quran terus dapat dilihat dan akan kekal sehingga hari kiamat.
*Perbandingan mukjizat Nabi Muhammad SAW bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mukjizat para nabi yang lain. Bahkan mukjizat para nabi lain juga begitu hebat dan besar. Tetapi tujuannya untuk kita sebagai umat Muhammad berbangga dengan nabi kita dan kelebihan ini juga sebenarnya satu pengiktirafan dan penghormatan buat Nabi SAW.

10. Nabi SAW menerima salam dari batu semasa baginda di Mekah. Begitu juga pelapah tamar yang menangis ketika berpisah dengan Nabi SAW.

11. Nabi SAW mengeluarkan air dengan hanya menerusi jarinya untuk kaum muslimin berwuduk. Berbanding nabi Musa a.s yang mengeluarkan air dari celahan batu dengan mengunakan tongkatnya.

12. Nabi Isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta. Tetapi Nabi Muhammad SAW telah memasukkan mata orang yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. Peristiwa ini berlaku kepada sahabat, Qatadah apabila matanya terkeluar ketika perang Uhud.

13. Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati. Tetapi Nabi SAW telah menghidupkan jiwa yang mati yakni dakwah Islam baginda menjadikan orang yang kufur berubah menjadi orang yang beriman. Ianya kekal sehingga hari kiamat.

14. Setengah penduduk syurga terdiri daripada umat Nabi Muhammad SAW

15. Nabi dan rasul yang lain diutuskan kepada kaum yg khusus. Tetapi Nabi SAW diutuskan kepada seluruh manusia dan jin. Rahmatan lil a’lamin.

16. Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah SWT di bumi (bukit thursina dan di lembah yg suci), tetapi Nabi SAW berkata-kata dengan Allah SWT di sidratul muntaha (langit ketujuh).

17. Umat Muhammad SAW merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan di hisap di akhirat dan pertama masuk syurga.

18. Nabi SAW merupakan orang pertama yang terbelah kuburnya di hari akhirat, orang pertama pemberi syafaat kepada umatnya dan orang pertama yang menerima pertolongan dari Allah SWT.

19.Nabi Muhammad SAW diberi kuasa syafaat, yakni satu kuasa yang diingini oleh para nabi yang lain untuk memilikinya.

20. Kuasa syafaat adalah satu kedudukan tinggi di syurga, hanya seorang hamba Allah sahaja yang mampu memperolehnya. Dan Nabi s.a.w amat mengharapkannya agar baginda mampu memberikan syafaat ini kepada umatnya nanti.

21. 70,000 umat Muhammad SAW akan masuk syurga tanpa hisap dan azab. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada kaum nabi lain.

22. Nabi SAW mempunyai kolam al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh di luar syurga untuk kita (umat Muhammad) minum daripadanya.

23. Umat Muhammad merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang diselesaikan masalahnya dan memperoleh ketinggian derajatnya di hari akhirat kelak.

24. Halal bagi umat Muhammad SAW untuk mengambil harta ghanimah di dalam perang. Tetapi umat terdahulu tidak diizin untuk mengambilnya.

- 5 perkara yang diberikan kepada nabi Muhammad SAW tetapi tidak diberikan kepada nabi lain :
i) Lurus saf solat umat Muhammad SAW seperti lurus saf mailakat.
ii) Allah SWT menjadikan bumi sebagai masjid. Boleh solat di mana sahaja melainkan ditempat yang haram seperti tandas.
iii) Tanah bumi bersih untuk bertayammum.
iv) Nabi SAW diberi bantuan oleh Allah SWT dengan perasaan gerun di dalam hati musuh-musuhnya.
v) Nabi Muhammad SAW mampu memberikan syafaat buat umatnya.

25. Allah SWT telah memuji pribadi dan akhlak Nabi SAW Firman Allah SWT :
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (al-Qalam, ayat:4)

26. Allah SWT telah berkata-kata dengan Nabi SAW melalui pelbagai cara menerusi wahyu. Antaranya, ru’yah (mimpi), secara langsung (ketika Isra' dan Mi’raj), menerusi malaikat Jibril (berupa manusia dan suara loceng), Jibril meniup wahyu ke dalam hati Nabi SAW.

27. Kandungan al-Quran terdiri daripada isi kandungan taurat, injil dan zabur. Tetapi keistimewaan al-Quran melebihi kitab yang lain adalah mempunyai surah yang pendek.

28. Amalan yang diberikan kepada umat Nabi SWT adalah sedikit berbanding umat yang terdahulu, tetapi ganjarannya besar di sisi Allah SWT

29. Allah SWT memberi tawaran jawatan dan kekayaan kepada Nabi SAW, yaitu sebagai seorang nabi yang berkuasa dan kaya. Namun Nabi SAW memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur.

30. Allah SWT menjadikan Nabi SAW sebagai rahmat seluruh alam.

31. Segala tingkah laku dan tindak tanduk Nabi SAW menunjukkan indahnya sifat Nabi SAW

32. Nabi SAW seorang yang berlemah lembut di dalam perkara yg halal, tetapi tegas dalam perkara yang haram.

33. Nabi SAW berlemah lembut dengan orang mukmin, tetapi bertegas dengan orang kafir.

34. Nabi SAW sentiasa berkeinginan tinggi untuk melihat umatnya menerima dakwah Islam. Oleh itu, Nabi s.a.w selalu mengutamakan umatnya di dalam semua hal.

35. Nabi SAW telah berjaya menyampaikan semua amanah dan menyempurnakan Islam kepada umatnya.

36. Allah SWTmenjadikan umat Islam sebagai saksi kepada nabi-nabi terdahulu bahawa mereka telah menjalankan tugas dakwah mereka.

37. Allah SWT memberi jaminan untuk memelihara umat Muhammad SAW dari kesemuanya sesat. Pasti akan ada kumpulan yang bangun untuk membela Islam ketika wujudnya kumpulan-kumpulan yang menentang dan sesat.

38. Allah SWT telah berjanji untuk memelihara al-Quran dari diselewengkan.

39. Allah SWTtidak akan memberitahu sama ada amalan seseorang umat Muhammad SAW itu diterima atau tidak. Hal ini lebih baik untuk menutup keaiban orang yang tidak diterima amalannya. Kita hanya perlu berdoa agar amalan kita diterima Allah s.w.t. Berbanding umat terdahulu, Allah SWT akan ‘menjawab’ terus amalan mereka sekiranya diterima atau tidak.

40. Allah SWT mengutuskan Nabi SAW dengan “jawami’ul kalim” iaitu kata-kata yang sedikit, tetapi maksud yang cukup banyak dan mendalam. Hal ini boleh dilihat di dalam kebanyakan doa-doa Nabi SAW yang mana doanya ringkas, tetapi maksudnya besar.

41. Kelebihan yang dikurniakan kepada Nabi SAW melebihi kelebihan semua para nabi dan malaikat.

Senin, 05 Desember 2016

La Illaha Illallah ,Tiada Tuhan selain Allah




La Illaha Illallah
Tiada Tuhan selain Allah..

Apa yang disebut Tuhan dan apa yang di sebut Allah..??
Apa beda Tuhan dengan Allah..??

Tuhan  = Kuasa = Yang menguasai dirimu.,   
Adalah apa-apa tujuan hidupmu selain Allah SWT..


Kesaksianmanusia di Alam Ruh
Allah berfirman :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan anak-anakAdam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman): “bukankah aku ini tuhanmu?” mereka menjawab: “betul, engkautuhan kami, kami menjadi saksi.” (kami melakukan yang demikian itu) agar diharikiamat kamu tidak mengatakan: “sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orangyang lengah terhadap ini (keesaan tuhan).”
-QS Al A’raf:172-

Jika tujuan hidupmu..

1.Tahta.., Maka kamu akan bersama Panjinya/Kelompoknya si Firau'n nantinya di akhirat.

2. Harta.., Maka kamu akan bersama Panjinya/Kelompoknya si Karun nantinya di akhirat.

3. Prestise/Penghormatan.., Maka kamu akan bersama Panjinya/Kelompok si Haman nantinya di akhirat.

Allah SWT.., adalah Rabb atau Tuhan sekalain makhluk (tujuan hidup semua makhlluk atau tempat kembalinya semua makhluk).

4. Jika tujuan hidupmu Allah SWT., maka kamu akan bersama Panjinya/Kelompoknya Rasulullah Muhammad SAW., nantinya di akhirat.

Jadi..
Tuhan = Thaghut = Berhala.

Thaghut.., adalah setiap sesuatu yang diagungkan selain Allah SWT., dengan di sembah di taa'ti atau dipatuhi.

Orang yang "Murni Tauhidnya" adalah.,
Ibadah., Hidup dan Matinya untuk Rabb Tuhan sekalian alam (Tujuan akhir setiap makhluk).

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَInna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin
Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam

Ibadah adalah.,
Penghambaan diri kepada Allah SWT., dengan mentaa'ti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Orang yang sempurna beribadah sama Allah SWT., bisa dikatakan.
Khalifah = Duta Allah SWT., di muka Bumi = Insan Kamil = Abdullah = Budak Allah SWT.,

Malaikat gagal ingin menjadi Khalifah di muka Bumi karena.,
Kurang sempurna Meng-Agungkan Allah SWT.,
Sebab Malaikat juga Meng-Agungkan/Membanggakan Tasbihnya/Ibadahnya.

Si Arzazil juga begitu., gagal menjadi Khalifah di muka Bumi., karena.,
Meng-Agungkan/Membanggakan Nasabnya yang terbuat dari api, disamping Ibadahnnya.

Sesungguhnya., Manusia atau Nabi Adam as., di ciptakan Allah SWT., adalah "Allahu Akbar'., yaitu Mem-Besarkan dan Meng-Agungkan Allah.. SWT., walaupun Allah SWT., tidak di Besarkan dan di Agungkan Manusia tetap Maha Agung dan Maha Basar.

Kesalahan pada umumnya sekarang ini adalah menyamakan "Hakikat" Tuhan dengan Allah..
Jika sama Tuhan dengan Allah., kenapa tidak..
La Ilaha Illah..
Tiada Tuhan selain Tuhan..??

Yang membedakan Tuhan dengan Allah SWT adalah.. Alif..

Sesungguhnya., Allah SWT., tidak beranak dan diperanakan, dan tidak ada sekutu bagi-Nya..

Inilah.., Hakikat Alif..,
Tidak ada sekutu bagi-Nya.,
Maka itu salah satunya., dosa paling besar adalah menyekutukan Allah SWT..

Copyright @ 2013 TAUHID MURNI.

Designed by ZMTemplates